|
![]() |
![]() |
Katak yg Pasrah *tulisan ini I create sebagai katak yg pasrah dan paparkan dlm beberapa forum... nampak gayanya
menarik banyak perhatian sebab bila I search I jumpa banyak yg cut and paste dlm bog mereka.. hahhahah tapi tak perlah maknanya
cerita nih kira bestlah jugak bagi yg biul cam I nih! haha* Semalam… Ini I nak cerita pasal semalam punya kes lah ni.. nak baca... slow-slow.. I tulis lembab sikit.. Semenjak, dua, tiga, empat menjak pergi balik keje naik tren.. ada jerrr cerita best yg I nak
story mory kat you all. Fuhhh berpeluh I ni. Nih nak cerita!!. Nak cerita
pun rasa berpeluh... mushkil tul! Biasalah naik tren kat KL Sentral.. kononya KTM
letak garisanlah. Kononnya garisan untuk beratur dan ”sila beri laluan kepada penumpang yg ingin turun tren sebelum
anda menaikinya”.. dlm bahasa english pulak”, ”passenger are advice to allow embarking passengger to exit
the train before your board”.. tapi dlm bahasa english, mak aih.. yg lelaki tu... tak tahan sungguh.. dia punya ”idgham”
cukup asam garam.. kalau ”slange” mat salih, orang melayu kita punya sebutan lagi bunyi kacukan american, african,
afghanistan ler... fuhhhh.. tapi I banggalah.. I bangga ada anak malaysia yg keje KTM buat pengumuman english tuh!!.. dan
I juga pasrah.. pasrah jerr tiap kali dengar dia buat announcement kekadang rasa nak muntah kekadang ada rasa nak telan balik
muntah I tu… huhuhuhuh Balik semula cerita naik train tuh kan.. 1st time, 2nd time dan dah time
yg keberapa dah I kena berdiri kat pintu. I nih dah ler kecik kenit, kena lenyek-lenyek pulak.. maka terjadi lah kisahnya
I berdiri terjelepet di pintu Komuter dicelah-celah tiak oghang-oghang kota yg berebut2 nak balik. Sehingga I tak reti dah
nak letak hidung I yg mancung nih sampai dah meremang bulu idung nih kat mana?... I kompius!! Kira dalam konflik lah I nih!!. Ok, tuh kira habis story kena lenyek lah.. ini baru I nak story pasal satu adengan ‘katak
yg pasrah’. Kira pasrah betullah katak nih!!. Katak moden naik tren.. Punyalah penuh, I terjelepet di pintu tren setelah
ayunan komuter yg seksi tuh telah membuatkan I melekat kejap kat tiak oghang nih.. kejap kat tiak oghang tuh!!... sehingga
sampai di stesen Kajang... baru lah clear, boleh napas!! I nyandarlah kat spot tepi pintu tuh.. ada brother belakang I pun
nyandar situ, sian dia.. maklum ler penat kena lenyek gak dia tuh! I pusing tengok ada satu minah pun berpaling ke arah pungkok
brother tuh.. ewah.. seksi tul pungkok brother tuh sampai minah tuh mengadap terus!!. Aiseh tela’ah I silap lah.. nak
tahu kenapa minah tuh lebih sanggup mengadap pungkok mamat yg seksi tuh?.. sebelah dia (ini semua cerita masa tengah diri
kat pintu komuter lepas nak pengsan tadi) ada satu couple tu.. mak aih baik jerr mamat tuh sandar kat pintu tren sambil peluk
erat pinggang makwe dia.. dan mak we dia.. best jerr diri celah kangkang sambil baring kat dada balak dia.. ewahh ewahh kira
best giler lah tuu... kira korang bayangkan cerita awie ngan erra dalam sembilu tu arrr... tapi ini kira ‘downgrade’
sikit sebab aksi dlm train!. Downgrade tahu apa?... susah nak cerita kalau tak paham... kira aksi murahan
lahkan. Sian minah yg berpaling tadah kepungkok brother tadi kan?.. sian jerrr dia, malu nak memandang aksi huduh tu. I nak blah takleh.. oghang masih ramai.. dah lerr
hati panas kena lenyek celah tiak oghang.. tapi tak sepanas aksi ‘hudoh’ dua ekor tuh. I tak nampak pulak muka
derang.. huh.. malas nak cerita.. Ini I nak cerita pulak yg kat sebelah kiri I nih..
ala-ala aksi tiger show laks kat tiang tengah train tepi pintu. 3 ulat gedik-gedik. I tepuk belakang dia “pukkk” hah!
Amek ko.. “bestnyerrr goyang-goyang” I kata… tapi I kata dlm ati lerrr. “pukkk” tadi tuh…
I imagine jerr.. sadis sungguh I ni.. hehehhe idok lerr I berani sebenarnya.. tapi dah tahap nak “pukkk” paler
dia dah!!. Nasib baik I nih penyabar, sabar tuh separuh dalam imannn… laki I selalu kata. Tetiba I nampak… isk isk isk.. nak nangis rasanya... ya allah.. istighfar lagi I nih.. ! Cuba Kira dah berapa kali I istighfar nih….! Mamat ngan
girlfriend tadi dah berpecah, sorang diri sana, sorang diri sinun. Lupa I nak cakap lepas sampai serdang, I lari duduk kat
situn dan minah yg berpaling tadah ke pungkok brother tadi dah lari ke sibilah sanun. Agaknya couple tuh dah sedar semua oghang
dah beralih arah kot, baru nak rasa “malu diatas perbuatan mereka sendiri”!!... hahhahahha tahu tak?.. tahu tak
apa yg I nampak?.... ya allah... huduh benar ghupa mike.. sehuduh perangai depa!! Ish ish ish... punyalah terkejut.. sampai
I nak nangis lah!!.. you believe me or not?.... ape ke heeenyerr.. muka tak lawa perangai pun tak lawa… ishhh nak gelak pun ada!!..
tapi oghang kata tak baik gelak kat oghang!!.. Tapi I rasa gelak I ni boleh dimaafkan lagi nak dibandingkan dengan aksi mike berdue… malah
kalau I kata kuat-kuat depan muka mike, biar semua oghang boleh dengar, I rasa semua oghang setuju I berbuat demikian rupa.
Tapi time2 kita memerlukan oghang yg celupar utk buat keje sound menya’ound’ nih… tak ada pula nak nak volunteer. I piker-pikir…tengok kiri kanan.. I jerit
jerr.. ”kalau dah sejuk sampai peluk-peluk, turun ler dulu! Bikin panas jer!!” Tapi kali ni I sedih lagi... lebih sedih dari
yg memula tadi, tahu kenapa?.. tahu tak?... sebab semuanya ini.. imiginasi I saje.. idaknyer I berani nak sound oghang apatah
lagi nak jerit dlm train!! Seksanya jiwa dan raga... itulah .. kisah seorang katak yg pasrah.. Kesimpulan untuk hari ini... „kalau muka
huduh maka lawakanlah dengan sifat2 baik nescaya lawalah ia”... kalau tak..”dah ler muka hudoh perangai pun hudoh
same!!”
Thursday, January 29, 2009Isteriku macam kereta!topic dibuka salah seorang yg ada
niat nak kawin lain dan telah meluahkan isi hati dan ada yg memberi pandangan lebih kurang begini:
dlm hal ini elok kita kembali kpd fitrah manusia itu sendiri... saya ingin memberi perumpamaan spt seorang pemandu yg baru beli kereta baru.. mula2 memanglah terasa syok....apabila sudah bertahun2 kita pakai/lanyak/travel dsgnya, sudah tentu ada bahagian2 kereta yg longgar/rosak sani-sini, sama juga seperti isteri, kita perlu ada yg kedua... Wahai sang suami, kekasih yg abadi, fitrahnya... fitrahnya adalah wanita itu, isteri itu, yg juga sebetulnya patut dianggap kekasih juga IBU kepada ANAK KITA .. bukanlah BARANGAN!! ... bagilah contoh apa pun.. kereta, kereta kebal.. kapal terbang.. lauk tak sedap.. lauk yg sama... tiada perkara yg anda sebagai suami boleh bandingkan dengan seorang isteri/IBU, andaikan, memberi contoh atau pandangan kasar.. Mereka memberi dan menerima... dari segi tenaga juga kasih yg tak terhingga.. kalau tidak mereka tidak digelar isteri, anak-anak tidak memanggil mereka ibu/umi. Mereka mendidik juga mengasuh anak-anak kita.. belaian kasih isteri/ibu sebesar zarah pun tak sama dengan belaian suami/bapa.. mereka melayan kerenah anak-anak serta suami saban waktu.. tiada istilah untuk para suami nak memberi contoh terhadap apa yg sebenarnya menjadi KEINGINAN mereka...!! nak seribu daya, itu sahaja kesimpulannya. bagi saya... pendek sungguh akal lelaki bila masuk bab batin.. alasan yg diberi hanya kerana nak menyenangkan diri sendiri. Nak madukan isteri biarlah sisuami memberi tauladan atau setelah bini menghormati sisuami dalam segala segi dan cukup syaratnya. Sekiranya anda, si suami berhemah tinggi, memenuhi jiwa dengan keikhlasan serta sifat terpuji, isilah hati dengan kasih yg tak berbelah bagi terhadap isteri dan anak-anak.. maka insyaallah, suami tidak akan LAYAN kehendak hati dan sekiranya PERLU JUGA maka sang isteri nesacaya hormati keputusan suami. Tapi wahai sisuami.... janganlah memberi alasan begini.. sedih rasa terbenam dihati, hai ayah, rasa nak bercinta lagi?.. tidakkah cukup cinta yg kami beri. nak seribu daya, seribu alasan boleh diberi tapi biarlah kita sempurna peribadi.. macam mana bini & anak-anak nak hormati!!. p/s: alhamdulillah, hidup tak kaya berduit tapi kaya kasih sayang dari suami/anak-anak.. biarlah hidup sederhana selalu agar bahagia keanak cucu.. susah-susah dahulu, bersederhana kemudian...
|
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
Please get in touch with any comments or reactions to my site.
|