P E R S O A L A N  :

 

Pelaburan Emas: MAHAL? Kenapa perlu ada emas? Adakah ianya boleh menjana simpanan secara MAKSIMUM dalam keadaan duit cukup makan? Adakah ianya beRISIKO? Bolehkah dibeli dengan wang pelaburan yang sedikit?  Layakkah kita melabur dalam emas dengan sekadar makan gaji?

 

 
EMAS KALIS INFLASI.

 

Saya akan cuba terangkan semudah yang  mungkin, agar kita sama-sama celik dan bertindak. Apa yang saya tulis bukan menerangkan segalanya. Tapi mengajak anda berfikir.

 

Zaman P. Ramle cerita “Bujang Lapok” air kopi secawan RM0.10 sahaja.  Sekarang RM1.00 pun tak cukup beli kopi!

 

Tapi kenapa kalau kita baca sejarah, zaman Rasullah seekor kambing bernilai 1 dinar emas dan sekarang juga kita boleh beli seekor kambing juga dengan 1 dinar emas. Fikirkan..

 

Andaikan anda simpan RM10,000.00 wang kertas (tidak kira didalam akaun apa) dengan dividen paling tinggi setakat ini apalah yang mampu menjamin nilai wang kertas anda dimasa hadapan. Kos sara hidup makin bertambah!

 

 

Ini petikan salah satu rakan yang membeli dan menyimpan 1 dinar sahaja;

 

Setakat nie sy baru beli 2 Dinar. Time beli tu, dalam 16hb Nov 2010, price 1 Dinar RM637.00. Buka harga pasaran live tadi, price 1 Dinar dah dalam RM656.00. wooo... Cepat jer naik. Baru jer ingat nak tambah 1 Dinar lagi. Anyway, plan saya nak bli emas sket2 but consistent. Memang harga akan sentiasa naik. Tp tu jer yg saya mampu. nak beli sedebuk 100g or 20g rasenya x mampu lagi kot…

 

Saya sendiri waktu susah dulu, mula-mula beli awal 2010, 20gram sahaja (sekeping gold bar) tidak sampai 3k tetapi hari ini masih pada tahun yg sama harga emas dah 20g dah naik kepada RM3,200! Simpanan saya bertambah kepada beberapa ratus tanpa berbuat apa-apa, hanya simpan dan belek hari-hari kepingan emas saya. Tiada satupun simpanan wang kertas didalam bank (simpanan saya ketika itu) yang mampu memberi pulangan sebanyak itu.

 

 

   

zilasafein..

 https://pondokburok.tripod.com/dinar

maklumat ini hanyalah bahan bacaan dari "dinar pondokburok" 

 

 

 

Keuntungan sekiranya disedari dari awal lagi…

 

 

Bayangkan 10 tahun akan datang berapa nilai 20gram emas saya, sekiranya anak-anak nak masuk Universiti dengan simpanan emas ditangan, saya jual, terjamin masa hadapan anak-anak. Duit simpanan (wang kertas) tidak mampu menjamin ketahap nilai emas ditangan kerana 10 tahun yang akan datang nanti, semua kos sara hidup akan bertambah. Wang kertas RM10,000.00 simpanan kita  tidak bermakna lagi untuk 10 tahun yang akan datang, nilai itu terlalu kecil.

  

* 5-10 tahun akan datang; anak nak masuk universiti

* duit pembedahan dengan kos yg tinggi

* Sekiranya berlaku apa-apa keatas saya, apa yang tinggal kepada anak-anak…?

 

Dengan menjual beberapa keping emas dalam simpanan, insyaallah anak/orang tersayang akan terjamin. Harga emas telah diperakui selama bertahun-tahun, nilai tidak pernah berhenti naik. Bayangkan 5 tahun dahulu harga emas dan 5 tahun yang akan datang.

  

Simpanan wang kertas memang bagus tidak kira bagaimana kita simpan namun sekiranya kita celik mata, masih ada pelaburan untuk masa hadapan yg lebih menjamin jadi mengapa saya tidak berkongsi maklumat ini.

 

 

BUKAN BERTUJUAN MENGAJAK ANDA BERNIAGA tetapi berkongsi maklumat untuk tidak melewatkan masa;

 

Ianya bukan matlamat saya buat masa ini tetapi perkongsian maklumat ini hasil kajian saya kerana terlalu terdesak mencari cara TERBAIK menjana simpanan saya agar ianya berganda. Saya kaji pelbagai cara untuk manipulasi loan bank termasuk ASB melalui OD yang mana akhirnya saya bertemu maklumat yang dikongsi rakan lain yg lebih arif tentang emas dan saya mahu berkongsi juga dengan anda.

 

Tetapi sekiranya anda bertanya tentang kenapa Public Gold/Dinar yang saya pilih?, ini adalah hasil keputusan setelah membuat beberapa perbandingan dan sedikit kajian. Sememangnya pembelian secara pukal saya telah melayakkan saya menjadi dealer. Saya tidak suka bercakap dengan orang untuk proses jual/beli kerana beranggapan itu cara MLM yang mana saya paling tak suka dan saya juga bohsan bila didekati agent MLM/insurans. Dengan Public Gold/Dinar, ia memudahkan saya menjual dan membeli untuk diri saya sendiritanpa perlu memaksa orang membeli dari saya, hidup saya aman tidak dibenci orang malah kalau orang mahu juga beli dari saya, Alhamdulillah itu rezeki namanya. Rezeki berkongsi maklumat… bila dapat kepercayaan, maka itulah rezeki bagi saya.


Ini juga bukan skim cepat kaya, tapi salah satu cara saya untuk memberitahu (pada yang tidak berapa sedar), yang mana pada awalnya saya juga rasa sangsi, takut bukan emas tulen yg saya beli tetapi cuma inilah cara terbaik buat masa ini untuk saya mengajak anda berfikir. Tidak perlu takut kerana EMAS FIZIKAL berada ditangan anda beserta SIJIL KETULENANnya sekali. Saya berani berkongsi pada kali ini kerana saya telah melaluinya pada peringkat awal, sudah melalui proses menjual semula emas saya hanya dengan perbezaan (spread/susut nilai) 6% sahaja dari harga pasaran (“we buy”) ketulenannya dijamin. Anda boleh bawa ke Agro Bank atau Bank Rakyat dan pajakkan emas anda sekiranya keadaan memerlukan anda membuat demikian, dengan tunai ditangan malah aset juga terus meningkat nilainya didalam simpanan bank!. Nilaikan dan semestinya tiada penipuan sekiranya ianya diterima oleh pihak bank! Jadi mengapa perlu sangsi?

 

Saya juga bukanlah dari golongan pandai atau banyak duit, saya juga tergolong dari golongan yang tidak mampu membuat simpanan cuma mampu bayar keperluan bulanan keluarga sahaja. Jadi sikit-sikit berdikit, sekarang adalah beberapa keping untuk ditinggalkan kepada anak-anak. .

 

  

 

 

 


 zilasafein..

 https://pondokburok.tripod.com/dinar

 maklumat ini hanyalah bahan bacaan dari "dinar pondokburok"

 

 

 

A N D A   M A S I H   S A N G S I,   R A G U,... ?

 

Beli emas lebih terjamin sekiranya ianya boleh dilihat, dipegang dan disimpan jadi belilah EMAS FIZIKAL, lebih bagus ianya 24 karat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi). Saya tidak boleh menjamin apa-apa keatas semua jenis emas yang anda beli. Namun arakian anda terfikir, apa akan berlaku sekiranya kedai emas di atas ditutup!!? JANGAN TERLALU RISAU, leburkan dan jadikan ia didalam bentuk emas perhiasan, jualkanlah. Paling busuk pun, jual di mana-mana kedai emas yg masih ada, semestinya ia tetap bernilai. Kalau anda rasa tidak berbaloi dengan harga anda beli, tunggulah, jangan takut dan terus mengambil langkah terburu-buru sebab selama ini nilai emas tidak pernah mengecewakan orang yang terdahulu dari kita. Semestinya nilai akan bertambah. Tetapi jika anda bersabar untuk beberapa tahun menyimpannya, pelaburan emas sudah pasti dapat menampung keperluan serta nilai wang dimasa hadapan. Kita tidak perlu gusar harga barang naik, harga pembedahan melambung sebab apa?, sebab nilai emas anda dapat mengejar nilai wang kertas jauh kehadapan.

 

Masih takut juga? Juallah semula kepada saya. Saya beli mengikut harga semasa (“we buy” dipasaran), tiada penipuan, insya allah.


Sekiranya anda masih sangsi, hubungi saya (zilasafein@yahoo.com/zilasafein@hotmaill.com) atau kawan-kawan saya yang telah saya kongsikan maklumat ini. Bertemulah dengan mereka secara langsung, kita sama-sama kenal, mengeratkan silaturrahim dengan tujuan yang sama, belajar menimba ilmu kerana ilmu itu lebih meluas sekiranya kita berkongsi dengan ikhlas dan secara tidak langsung mengejar apa yang telah kita ketinggalan;

 

Akhir sekali tidak kiralah dari mana emas itu anda beli (hanya kerana saya sudah membuat kajian dan sudah menyimpan dari salah satu syarikat emas ini, maka saya lebih yakin berkongsi cerita tentang jenis emas dari syarikat yang satu ni yang mana saya rasa lebih senang dan mudah dari pelbagai sudut) janganlah lupa membayar zakat kerana bukankah lebih berkat hidup didunia juga di akhirat..?


 

  PERBEZAAN HARGA PRODUK EMAS  

  PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL vs KEDAI EMAS BERDAFTAR DIBAWAH FGJAM  


Kedai emas yg ada di Malaysia, biasanya menggunakan harga tetap dan harga yang dikawal oleh Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) ini bagi menjaga keuntungan sekiranya berlaku kenaikkan dan penurunan harga emas. tetapi harga emas untuk tujuan trading adalah mengikut pasaran emas dunia. walaubagaimanapun harga emas dunia adalah berdasarkan emas asli (bahan mentah).. setelah dimasukkan segala kos, maka itulah harga pasaran setiap syarikat yg menjual emas. PG mempunyai kilangnya sendiri (sila rujuk Malaysia Book Record, PG adalah pengilang emas & silver pertama di Malaysia menjual produknya sendiri). naik turun emas merangkumi pelbagai faktor contoh ekonomi dunia, jatuh bangun nilai USDolar. Hutang-hutang negara besar (Euro).. semua diambil kira.

secara tidak langsung, menyimpan emas sebagai harta membuatkan kita lebih peka dan celik terhadap ekonomi dunia perubahan semasa.. bukankah bermakna kita melangkah satu tapak kehadapan menjadi manusia yg lebih berilmu?


 

Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
Recommended retail gold price; 
999 Gold : RM166.00/gm
916 Gold : RM157.00/gm
835 Gold : RM144.00/gm
750 Gold : RM131.00/gm
375 Gold : RM71.00/gm

Ini sekadar rujukan untuk kita membeli emas .. pastikan anda mengambil kira penjimatan dari setiap gram.

bezakan dengan harga produk Public Gold
Public Gold Price (24 Hours Live)
(Last updated 21/01/11 1:15 AM)
We Sell We Buy
20 gram RM 3068.00 RM 2884.00
50 gram RM 7633.00 RM 7213.00
100 gram RM 15195.00 RM 14435.00
250 gram RM 37809.00 RM 36108.00 

contoh RM3068 / 20gram = RM153.40/gram (emas 999.9)

Public DINAR Daily Price (gold 916)
Dinar We Sell We Buy
1 dinar RM 634.00 RM 596.00
5 dinar RM 3155.00 RM 2981.00
10 dinar RM 6282.00 RM 5968.00
Last updated 21/01/11 1:15 AM

contoh RM634 / 4.25gram = RM149.176/gram (emas 916)

916 GOLD LIVE PRICE (1 GRAM) - JEWELLERY
We Sell We Buy
RM145.84 RM116.67
Updated on 21/01/11 1:35 AM
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

PERBEZAAN KETARA UNTUK BARANG KEMAS (gold 916)
RM157.00/gm > FGJAM 
RM145.84/gram > PG
RM11.160/gram perbezaan harga pada setiap gram kedai emas vs PG

itu contoh penjimatan pada setiap gram, sekiranya kita membeli 20gram emas, berapakah jumlah penjimatan? namun harga PG akan berubah setiap 20 minit berdasarkan pasaran dunia yg saya katakan diatas.


 

Saya terangkan, anda fikirkan dan rebutlah peluang ini, walaupun bukan dengan saya tetapi dengan siapa jua yang anda boleh percaya.

 

 

 zilasafein..

 https://pondokburok.tripod.com/dinar

 maklumat ini hanyalah bahan bacaan dari "dinar pondokburok"

 

Bernama - Tun Dr Mahathir

 

 

DINAR PONDOK BUROK  berkongsi kesemua ilmu yang dapat diperkembangkan dengan kaedah atau kemudahan yang ada pada waktu ini kerana emas bukan lagi seperti dahulu beli dan simpan, terlalu banyak kaedah yang boleh dijana melalui emas dgn kelebihan yg telah disediakan oleh Agro bank dan emas fizikal boleh mempelbagaikan pelaburan yang ada diluar sana. 

 

 

KAEDAH JANA KEUNTUNGAN ATAS SIMPANAN (sekadar penyimpan atau peniaga)

 

EMAS FIZIKAL – SIMPAN – JUAL – UNTUNG (kaedah dari dahulu) 

sandaran kepada keperluan semasa untuk pendidikan anak-anak/kos perubatan/kos menunaikan haji  


OD - EMAS FIZIKAL – AR-RAHNU – AKAUN EMAS (Public Bank/Maybank/Kuwait Bank/etc.) 

jana keuntungan atas akaun emas dan tebus Ar-Rahnu 

 

PERSONAL LOAN - EMAS FIZIKAL – AR-RAHNU – ASB & AKAUN EMAS

jana dividen ASB untuk membayar upah simpan / risiko diletak kpd bank tanpa perlu keluar duit poket bayar upah simpan / dividen boleh bayarkan upah simpan, sambil menyimpan ditempat selamat, jimat duit. 

 

OD - EMAS FIZIKAL – AR-RAHNU – HARTANAH 

boleh bayar deposit untuk mendapatkan property for investment (rumah untuk disewakan)/ utk investment hartanah tidak perlu bayar deposit tinggi kerana bulanan ditanggung oleh penyewa bermakna kita jimat dalam membayar deposit tinggi/jimat duit untuk perkara lain dalam masa yang sama menyimpan nilai emas

 

EMAS FIZIKAL – AR-RAHNU – SAHAM 

mesti cukup ilmu kerana ianya boleh mendapatkan keuntungan yang lumayan juga mendatangkan risiko.  

 

ASB - EMAS FIZIKAL – AR-RAHNU – PUSINGAN MODAL PERNIAGAAN 

tidak perlu karenah birokrasi bank, mendapatkan kelulusan yg memakan masa lama. Mengelakkan RIBA. Emas digunakan untuk GENERATE nilai modal (mengikut kenaikan harga emas) dan dalam masa yang sama mempergunakan wang pinjaman dengan upah simpan yang rendah untuk pusingan modal. Emas ditebus setelah mendapat keuntungan.

  

 

Kenapa mesti semua kaedah diatas perlukan AR-RAHNU? 

meletakkan risiko kecurian ketas pihak bank dan menjanakan keuntungan diatas simpanan, menjadikan upah simpan PERCUMA dan sekiranya pengetahuan lebih luas KITA SEBENARNYA MEMBELI EMAS FIZIKAL SEBAGAI SANDARAN KEPADA SEMUA PELABURAN YG ADA @ PELABURAN EMAS SEBAGAI BATU LONCATAN BAGI MENJANA KEUNTUNGAN DARI PELABURAN LAIN DAN DALAM MASA YG SAMA MEMBIARKAN EMAS ITU MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN SENDIRINYA.   

 

 

Kenapa mesti PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD (PG) 

sekiranya kita gunakan kaedah ‘jana keuntungan atas simpanan’ yg diperkatakan tadi, PG adalah satu syarikat yang amat mudah dari segi ‘monitoring’ nilai emas, melihat SUSUT NILAI/SPREAD JUAL BALIK HANYA 6%, harga jual/beli yang telus dipaparkan di web mengikut harga pasaran emas dunia (semestinya jauh lebih rendah dari emas yang dijual di kedai emas), berubah setiap 20 minit dan lebih memberi jaminan akan membeli semua produknya semula walaupun plastik dibuka dan bercalar atau bengkok, JANJI mempunyai berat yg masih sama... yang mana bank-bank atau produk yg sedia ada diluar sana, tidak memberi jaminan sebegini. Bila kita sudah ada jaminan - belian balik walau plastik dibuka bermakna.. peluang utk ‘menjana keuntungan atas simpanan’ lebih terbuka luas.



Satu lagi kesilapan pelabur ialah mementingkan emas murah berbanding spread/susut nilai yg lebih rendah tanpa mengetahui keuntungan yg mampu dijana diatas perbezaan SPREAD/SUSUT NILAI ini. Walaubagaimana pun, PG didalam kategori harga yang murah dengan susut nilai/spread yg rendah.

 



  PUBLIC FINE GILD INTERNATIONAL SDN BHD - PRODUCT AND SERVICES  

 - LIVE PRICE / GOLD MARKET -


PUBLIC GOLD
GOLD BARS | COINS | SILVER
 |

PFGI was set up with the intention to BUY and SELL physical Public Gold Bars, Coins & Silvers at International market price. PFGI operates a fully integrated physical gold exchange centre that includes a physical trading system. 


PUBLIC DINAR
| 1 DINAR | 5 DINAR | 10 DINAR |

The usage of dinar was mooted out by Malaysia's fourth prime Minister, Dr. Mahathir bin Mohamad. He was know for his durability and outspoken figures on the world political stage, has been prime minister of Malaysia since 16 July 1981.

 

PUBLIC JEWELLERY

| JEWELLERY |
The worlds first Jewellery - 
BUYING and SELLING concept. Base on real time pricing. 
First in the world - 
all jewellery sold by us, certified by independent assayer.

PUBLIC SAFE
| SAFE DEPOSIT BOX |

Renting a safe deposit box couldn’t be easier. Just make a short visit to the center to complete the minimum of formalities at any time during our long opening hours. No appointment is necessary and our staff is always on hand to discuss your particular requirements and needs in complete confidence.



Inilah TIP RAHSIA EMAS:

 BELI UNTUNG, JUAL PUN UNTUNG, BELI BALIK UNTUNG DAN SIMPAN LAMA-LAMA PUN UNTUNG JUGA! YANG MANA RUGINYA?...

 

“Yang rugi sebenarnya adalah YANG MASIH TIDAK MAHU BERBUAT APA-APA walaupun sudah tahu emas penyimpan nilai kekayaan sebenar dan satu BONUS memberikan pulangan lumayan!”