INGAT! 

Ini bukan masalah untungkan tokey emas atau DEALER (kerana saya sendiri sudah ada simpanan yg berganda nilainya)… tapi ini berkenaan ambil kesempatan diatas peluang yang ada… SIMPANAN ANDA ADALAH DUIT ANDA, bukannya esok nilai emas naik MAKA DUIT TUH MENJADI HAK SAYA. Saya cuma memberitahu, daripada anda simpan dlm bank/ASB, untuk 10 tahun lagi… wang anda dengan dividen ASB, kos sara hidup meningkat. KENAPA TIDAK TUKAR KEPADA EMAS sedangkan kita tahu harga emas naik berganda-ganda sejak zaman nenek moyang kita lagi. 

Itu sahaja... jadi kenapa peduli siapa buat untung.. kenapa nak bebankan otak?, yang penting anda ambil juga kesempatan ini.

 


_________________________________________________________________________________

info bagi yang nak tahu jenis pelaburan mana nak mula:

*************************************************************


apakah jenis emas yang sesuai untuk disimpan? 

a. gold bar 

kelebihan:  

1. emas 999 (24 karat), mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi bila kita menjual kerana kandungan emas padu. 

2. Lebih menjamin simpanan. 

3. harta yang sebenar, orang lelaki kata.. gold bar "gentleman business". 

4. susut nilai yang rendah, hanya 6% dari harga pasaran. 

kekurangan:  

1. harga yang lebih mahal, ramai yang tidak berkemampuan. 

2. Harus simpan sijil ketulenan sekiranya bertujuan untuk pajak di Agro Bank.  


b. barang kemas 

kelebihan:  

1. bagi perempuan yang sukakan barang kemas untuk dipakai. 

2. mempunyai permintaan yang tinggi. 

3. senang dijual, market lebih besar termasuk orang perseorangan (jual kpd kawan dan lain-lain) 

4. Pajakkan boleh dibuat di Agro Bank juga Bank Rakyat tanpa memerlukan sijil ketulenan. 

Kelemahan: 

1. harga yg tinggi hanya kerana termasuk upah membuat barang kemas. 

2. ia adalah barangan perhiasan yang bila dijual dan akan jatuh nilai kerana dikira USED GOLD (kira macam second hand). 

3. keuntungan tidak setinggi menyimpan gold bar. 


Maka sekiranya kita berniat ingin menjana keuntungan jangka masa panjang yang lebih bernilai, simpanlah gold bar. Namun sekirangan tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 dinar (emas 916 sama dengan barang kemas) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh berganda dari nilai mata wang.


 

_________________________________________________________________________________

PERBEZAAN DINAR

  Public Dinar (PB) vs Dinar Kelantan (DK)  

*********************************************

 

dinar.jpg

 

dinar_spec3.jpg


BERAT 1 DINAR
PD = 4.250 gram emas
DK = 4.250 gram emas

KETULENAN 1 DINAR
PD = 916 (22 karat)
DK = 917 (22 karat)
(mybe that is the other why dinar kelantan more expensive a bit than PD)

SPREAD 1 DINAR
PD = 6%
DK = 11%

LIQUIDITY
PD = 6 branch PG around+ over 2000 Dealer
DK = 22 Branch + 4 WAKALAH + 824 of SHOP + DEALAR (berapa org yer?)

AVAILABILITY
PD = sentiasa ada (tp pernah ada kes xder stok kn?)
DK = Always Out Of Stock

PRICE LOCK AT WORLD MARKET PRICE
PD = yes
DK = No

 

_________________________________________________________________________________

 Ini antara pilihan anda didalam pelaburan EMAS yang ada di pasaran malaysia:

 banyak juga perkara perlu dipertimbangkan sebelum mmbuat pilihan..sedikit perbandingan



Kijang Emas
• Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
• Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
• Tidak boleh lock harga
• Tidak boleh booking
• Perlu dapatkan sendiri di Maybank
• Stok terhad - sering habis
• Tidak beli semula jika tercalar


UOB
• Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
• Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple
Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore
Lion (2%)
• Perlu dapatkan sendiri di UOB
• Stok terhad - selalu habis
• Mesti bawa resit asal masa jual balik
• Tidak boleh buka sarung
 
Pamp Suisse
• Boleh dibeli di kedai emas tertentu
• Spread antara 10%-30% mengikut kedai !!
• Buka sarung tolak harga

Bunga Raya
• Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
• Spread 15%-25%
• Buka sarung tolak harga

Barang Kemas
• Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
• Harga tinggi berbanding pasaran
• Spread 20%-40%

 

Dinar Emas Kelantan
• Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang 
perseorangan 
• Stok terhad dan selalu kehabisan
• Spread 10%-15%

Public Gold & Public Dinar
• Boleh dibeli daripada mana-mana ejen dan mudah juga
dicairkan (blh jual pada mana2 dealer dan PG)
• Spread 5%-6% sahaja
• Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar
dan sebagainya asalkan berat masih sama
• Boleh booking dan lock harga
• Dinilai oleh assayer emas bertauliah


________________________________________________________________________________________________



agro

 

 

 

 

Harga pajak emas di Ar-Rahnu AGRO BANK naik lagi!!

 

 

Rasanya mesti ramai tidak tahu kadar harga emas di Ar Rahnu Agro bank setiap bulan meningkat.

 

kadar harga pajak emas di Agro Bank semakin meningkat selaras dengan peningkatan harga emas dunia.

 

Harga emas sedang menurun dan kadar harga emas di Agro Bank dah tinggi, maka masa ini la kita menggunakan kaedah pajak untuk memajak emas kita untuk menambah simpanan emas kita.

 


_________________________________________________________________________________



 

TEKNIK MENJANA KEUNTUNGAN:


teknik 1: CASH -> gold bar -> ar-rahnu ->gold bar/GIA

teknik 2: CASH -> gold bar -> ar-rahnu ->gold bar-> ulang lagi spi la korang sanggup nak byr upah simpan, kena buat calculation

teknik 3: PL -> gold bar -> ar-rahnu -> gold bar/GIA

teknik 4: CASH ->gold bar -> ar-rahnu ->emas lelong BR ->ar-rahnu->gold bar/emas lelong/GIA

teknik 5: bole buat combination kat teknik2 kat atas tu bergantung kpd individu...

p/s: perlu ambil kira harga emas semasa....

  


MANIPULASI Emas:


* Beli waktu harga murah, jual waktu harga mahal

* Beli waktu harga mahal, jual waktu harga kenaikan emas berganda


Gold Bar 20gram (999-24 karat) - target pajakkan 6 bulan

beli dengan nilai RM3,200.00 

Nilaian Marhum Ar-Rahnu RM165/gram = RM165x20gram = RM3,300.00

Pajak dan pinjam 70% = RM2,310

Upah simpan sebulan = RM0.75/RM100xRM2,310 = RM17.32

tempoh tebus = RM17.32x6 bulan = RM103.92


dengan duit pinjaman pajak tadi boleh tambah belian 1 Dinar dgn nilai hari ini 

RM653

:

 

 

RM653.00 x 3 keping (1 Dinar): RM1,959

 

Pinjam - Belian baru = RM2,310 - RM1,959 = RM351.00 (SIMPAN UTK TEBUS)


Jumlah tunai perlu ada bila tebus (target 6 bulan): 

pinjam + upah 6 bulan - baki duit lebih hasil tambah dinar

RM2,310 + RM103.92 - RM351.00 = RM2,062.92


bahagikan dengan 6 bulan sebagai target TEBUS barang kemas anda:

RM2,062.92 / 6 bulan = RM343.82 sebulan standby


selepas 6 bulan anda berhasil menyimpan emas DENGAN NILAI RENDAH DIBANDING MENYIMPAN DUIT SELAMA 6 BULAN BARU NAK BELI


Harga Beli:

GOLD BAR 20 gram (999-24 karat) x 1 keping: RM3,200.00

1 Dinar RM653.00 x 3 keping: RM1,959.00

jumlah belian: RM5,159.00


selepas 6 bulan tebus emas:

kenaikan saya anggarkan serendah 10%

RM3,200 x 10% = RM3,520.00

RM1,959.00 x 10% = RM2,154.90

nilai kenaikan 6 bulan: RM5,674.00


keuntungan yg anda telah dapat;

harga kenaikan selepas 6 bulan - harga waktu anda beli

RM5,674.00 - RM5,159 = RM515.00


nilai emas setelah 6 bulan disimpan dan di'manipulasi' untuk menambah Dinar sudah menampung modal Upah simpan di Agro Bank!! Dimana ruginya??


Tunggu dan lihat nilai setahun pula!! atau bertahun-tahun lamanya anda menyimpan... bukankah senang esok lusa kalau terjadi apa-apa kepada kita... anak-anak... ibu bapa.. 


Mungkinkah... modal beli 5 keping 20gram... lepas 5 tahun, kita HANYA perlu jual satu atau dua keping sahaja bila perlu, dapat mengembalikan modal belian 5 keping kita satu waktu dahulu?.. Fikir.. fikirkan... selamat beramal... berkongsi ilmu bermakna menambah kan ilmu untuk dikongsi lagi dan lagi..

 

 

 


________________________________________________________________________________


 

Ada buyer yang lebih sensitif berkenaan pelaburan yang lebih halal merasa was-was, secara ringkas saya terangkan;

 

ianya langsung tidak membabitkan ASB... maksud disini utk Nor lebih faham..


kalau nor rasa ASB tidak halal, keluarkan dan simpan kat tempat lain.ok.. sekarang duit simpanan Nor yang nor tak tahu nak buat apa. Nor beli emas atau dinar dan simpan sebagai harta untuk anak-anak nanti. Saya suka bercerita SIMPANAN HARI TUA sebab kita tidak akan tahu bila kita memerlukan duit, mungkin kita, mungkin anak kita dan mungkin ibu bapa kita. 


Katalah...Sekarang Nor beli satu keping Gold bar 20gram berharga RM3,160 (harga emas tengah rendah sekarang ni, tahun depan dijangka melonjak). Nor pegang, belek, simpan agak-agak geram nak test.. gigit kerrr.. lepas setahun Nor tengok beza nilai emas Nor di pasaran mengikut publish rate di www.publicgold.com.my. emas ada masa naik dan ada masa harga turun, tetapi dia tidak akan jatuh menjunam sampai kita rugi. Setahun dianggarkan kenaikan emas PURATA 30%. Jadi beli emas bukan dengan cara, beli hari ni.. esok nak jual, jadi jangan peduli kalau setakat seminggu dua harga turun sebab itu waktu peniaga macam saya borong emas.lepas setahun nilai emas naik 30 %, dan terus meningkat, jadi kalau Nor pegang emas tu selama 5 tahun sebagai simpanan kemudian hari (simpanan bermaksud, duit yg disimpan utk waktu terdesak), tahu kah nilai kepingan goldbar yang dulu kita beli RM3160 lepas setahun boleh jadi RM4000 kalau kenaikan emas stabil pada tahap 30%.


Dengan emas... bila nilai naik atau turun, dia tetap HALAL. Dalam islam memang tekankan simpanlah emas kerana disuatu masa nanti, tiada apa yang lebih bermakna.Kalau Nor berniaga, takut tentang halal haram pinjaman bank... 


maka disinilah Gold Bar berfungsi:

1). Modal berniaga tu... beli gold bar dulu. 

2). lepas tu pergi ke AGro Bank, pajak dan dapatkan 60%-70% wang cash sebagai pusingan modal berniaga

3). Bila ada keuntungan sikit, beli emas lagi (semampu yang boleh)

4). perniagaan berkembang, pajak lagi emas anda dan gunakan untuk rolling berniaga


agak-agak kita tak nak pusing lagi duit tu dengan cara tu.. kita boleh juga:

1) waktu pusingan diatas berlaku semestinya setelah beberapa tahun kan?. maka nilai emas kita meningkat berganda.. JUALLAH SEKEPING DUA SEBAB DUIT KENAIKAN EMAS TU BOLEH DIJANA UNTUK KEMBANGKAN PERNIAGAAN.semua ini, amat HALAL, duit kita, kita bayar, kita dapat emas, kita simpan, nilai naik bukan kerana RIBA tetapi pasaran dunia (ekonomi dunia) yang akan meletakkan niilai emas itu sendiri!

 

 

 

_________________________________________________________________________________

 

 

F A Q 

OK nih nak jawab serba ringkas kepada persoalan yang diutarakan oleh buyer saya:

1-tulen

 

S: Ketulenan emas
J: Gold bar / coin atau dinar yang dikeluarkan oleh PG ada no siri yang disertakan dengan certificate. BOLEH DIPAJAK dengan nilai pajak yang berbeza.

 

Ketulenan emas PG atau PDinar telah disahkan oleh ASSAYER. Dengan adanya ceritificate Assayer ini, kita tidak perlu ragu2 dgn ketulenannya. Malah di web saya juga ada diletakkan surat dari Bank Negara Malaysia sebagai rujukan kepada Public Fine Gold International Sdn Bhd.

 

PG mengeluarkan banyak notis di surat khabar bahawa, produk nya bukan lah dibawah Skim cepat kaya atau spam.. malah PG amat meniktik beratkan dealer untuk mempunyai etika yang tinggi ketika proses jual/beli jenama PG. Anda bayar dapat emas.

 

Ada customer terbaru menyatakan dia telah cuba ke Agrobank untuk tujuan pajak dan telah diberitahu oleh pegawai Agrobank bahawa Agrobank tidak ragu-ragu dengan produk PG dibandingkan dgn produk lain.

 

S: Nak check tulen

J: Boleh pakai asid test keluaran CGP, tapi kalau tiada pengalaman pun susah melainkan kekedai emas atau kedai pajak.. buat-buat nak jual atau;

boleh juga buat test kat kedai emas atau ar-rahnu.
tapi bernaiga emas ni,sekali tipu,lingkup habis la namanya jadi takkanlah saya nak tipu

 

2-jual semula emas

S: adakah semua jenis emas boleh dijual semula kat kedai emas. Camner nak jual dinar semula selain kpd tt.

J: Kalau tak jual kepada saya semula, ramai agent PG yang akan beli, sila semak ke web www.publicgold atauwww.publicdinar.. Mereka pasti mahu beli mengikut harga publish dengan spread 6%

 

S: kalau tak silap saya, ada info kat thread ekonomi, pajak gadai tak terima dinar. adakah bank rakyat arrahnu terima gadaian semua jenis dinar? lps tu pulak, adakah boleh tradein/jual jika emas ada calar atau bengkok ker?

J: Dinar diterima oleh Agro bank,apa sahaja produk PG diterima, jangan risau. PG memang memberi jaminan keatas semua produknya, akan diberli semula sekiranya kemek arakian ada bekas gigit!!.. janji beratnya masih sama. Kalau dari kedai emas, anda tidak langsung boleh buka balutnya kerana akan dikira USED GOLD.

 

S: apa agensi kerajaan ygbertanggungjawab ttg hak pengguna berkaitan pembelian emas

J: Sekiranya ianya diterima Agrobank, maknanya bank Negara tak halang… tak halang bermakna ianya tulen.. selagi ianya dinamakan emas, kenapa perlu takut. Sedangkan kita melombong emas jumpa biji-biji emas pun, kedai emas akan beli, tak perlu nak iktiraf.

 

S: adakah penjual emas spt nubex, public gold etcperlu berdaftar dgn sesuatu agensi kerajaan/badan utk beroperasi.

J: berbalik kepada jawapan diatas. Kalau mereka melanggar, salah, menipu, anda pasti tak sempat ke Agro bank, anda akan tahu terlebih dahulu. 

 

 

zilasafein..

https://pondokburok.tripod.com/dinar

maklumat ini hanyalah bahan bacaan dari "dinar pondokburok"